Salam Sejahtera semua,
Arini aku nk share kt korang tentang minat aku terhadap jentera motosikal model YAMAHA RXZ. untuk pengetahuan korang, motosikal model YAMAHA RXZ ni telah mula2 wujud pada sekitar awal 1980an lagi. Yakni semasa aku baru dilahirkan didunia ini. Penguasaan pasaran YAMAHA RXZ terus kukuh dan unggul sehingga kini. Aku ada terbaca di dalam akhbar tempatan berkenaan dengan topik MENGAPA MOTOSIKAL YAMAHA RXZ TERUS DIMINATI SEHINGGA KINI? dalam artikel tersebut ada diceritakan tentang permulaan keluaran, perfomance enjin dan juga dari segi design. Namun begitu persoalan tersebut tidak dapat dijawab sehingga ke hari ini. Mengapa ianya terus diminati?
Bagi diri aku, secara jujur aku mmg meminati YAMAHA RXZ dari dulu sehingga kini, Sejak kecil aku telah berazam hendak memiliki motosikal YAMAHA RXZ apabila selesai suda peperiksaan SPM. Dari situ aku mula menyusun strategi dengan mengumpul dana sendiri tanpa mengharapkan wang dari kedua ibu bapa. Wang hasil dari titik peluh aku bekerja sebagai despatch, part time kuli car wash, meniaga burger, meniaga roti john akhirnya pada tahun 1999 aku dapat merialisasikan impian aku untuk memiliki motosikal 2nd hand YAMAHA RXZ yang pertama dalam hidup aku flat BDL 1224. Oleh kerana itulah motosikal yang aku beli dengan hasil titik peluh aku, makanya aku jaga motosikal tu bagai menatang minyak yang penuh. Itulah moto untuk merempit, itulah motosikal untuk bekerja, itulah motosikal untuk belajar dan itu juga motosikal untuk mengorat awek. hahahaha....
Setelah 4 tahun aku menggunakan motosikal tersebut, aku telah trade-in dengan motosikal model YAMAHA SS-two Racing Spirit dgn seorang rakan di Kg. Pandan. Puncanya kerana aku telah habis belajar dan memerlukan motosikal yang kecil sedikit memudahkan untuk aku runner mencari kerja. Rezeki dari ALLAH, aku telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di utara tanahair. Kerana jarak perjalanan dr utara ke lembah klang terlalu jauh, maka aku trade-in semula motosikal YAMAHA SS-two Racing Spirit dgn RXZ rakan sekampung flat BCH 663. Pada tahun 2003/2004 setelah hampir 3 tahun aku habis belajar dan bekerja, aku jual motosikal tersebut dan membeli sebuah kereta. Dari situ aku bermula melayan karenah kereta pula.
Dari tahun 2003 - 2009 minat aku x pernah padam terhadap RXZ. Akhirnya Pada tahun 2009 aku membeli sebuah lagi motosikal RXZ flat WHS 248. Namun ianya hanya bertahan dimiliki selama beberapa bulan sahaja kerana perfomance enjinnya yg tidak memuaskan hati aku. Kemudian pada tahun 2010 aku kembali membeli sebuah lagi motosikal RXZ flat WBQ 5096 dan ianya bertahan kekal dimiliki sehingga sekarang. Oleh kerana minat yg sgt mendalam aku telah membeli sebuah lagi motosikal RXZ pada tahun 2012 flat BDE 7852 sedang dalam proses pembikinan semula.
Sebenarnya rakan2 seangkatan denganku telah maju beberapa tapak ke hadapan kerana mereka telah melayan motosikal Superbike. Namun begitu aku tetap setia dengan motosikal RXZ ku biarpun sudah dimamah usia. Persoalan tentang mengapa rxz terus diminati sehingga kini? persoalan tersebut tidak dapat dijawab secara lahiriah namun ianya lahir dari jiwa. Hanya orang yg pernah memiliki YAMAHA RXZ sahaja yang tahu tentang kehebatan YAMAHA RXZ ini. Oleh itu, setiaku disini hanya padamu.... YAMAHA RXZ.